Bismillah..
Sekian lama jari tidak menari di atas papan kekunci. Rasa rindu namun tidak ada kata yang mampu diluahkan. Terlalu banyak suka duka perit maung yang dihadapi namun masih berat untuk ditintakan melalui secebis perkataan. Kini, jejari perlu menari untuk meluahkan segala kedukaan hati. Akan digunakan segala kuasa hati dan jejari sebagai satu lapangan untuk mengembirakan diri sendiri. Minda perlu bergerak untuk membantu. Hati perlukan ubat untuk diubati. Diri perlukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Hilangkan rasa takut kerana ianya membunuh diri sendiri. Selamat kembali bertinta ketika hati mula berkata.