selamat datang

SALAM

Perkongsian tulus ikhlas dari hati buat semua yang sudi menjenguk. Sekadar menambah pengetahuan untuk peringatan pada diri sendiri dan juga semua. Gilapkan ilmu yang ada, kongsi pandangan bersama untuk sama-sama membina hidup yang bahagia di dunia dan akhirat. Hulurkan pandangan anda secara peribadi untuk kebaikan bersama.

Thursday, August 30, 2012

~ Alkisah Bermula Ep 2 ~

Sambungan entry Alkisah Bermula Ep 1

Macam mana nak mulakan cerita entry yang kedua nie ye? Dah tak tahu nak mula dari mana sebab perjalanan cerita yang makan masa hampir 3 tahun. Lama kan. Tempoh tak tahu dan tempoh tahu. Inilah Ujian Allah Yang Maha Esa. Okeylah. Bila dah terperasan ada something wrong dalam perut saya still buat dunno je. Tak sakit. Kitaran bulan-bulan pun ok so saya rasa tak ada masalah kot. Cuti akhir sem 7 sebelum masa praktikal, ada satu malam saya meniarap atas katil sambil baca buku. Masa itulah saya rasa benda keras dalam perut. Say golek kanan saya golek kiri. Dalam kepala dah timbul tanda soal. TING TONG! apa benda nie? Tapi tak sampai 5 minit bila dah kembali dalam kedudukan baring normal, tanda soal itu hilang. Biarkan je. Tak ada masalah ape2 kot. 

Masa cuti ini jugakla badan saya naik mendadak gara2 berhenti makan PIL PATI HALIA yg saya pernah sebut sebelum nie. Ayat best my suami " MACAM TONG DRUM". Amboi sesuka sesuki hati my suami cakap mcm tu. Saya pun dengan penuh tekad akan cuba diet masa praktikal nnt. huhuhu. Semangat2. Dalam masa yg sama nak turunkan jugak perut saya yang membuncit nie. Hopefully berjaya. Maybe sebab saya gemuk dan berisi so perut saya pun tumpang membuncit sekali.So praktikal saya lalui dengan jayanya dan badan saya juga turun dan timbangan juga menggembirakan saya. Part paling best perut saya yang membuncit dan menonjol ini juga kembali flat. Means tak ada ape2 masalahla kan. Saya harunginya dengan tenang. Huhuhu..

Ceritanya panjang lagi so saya cut dulu. Nanti sambung balik. Sikit2 lama2 jadi bukit. TATA TITI TUTU

Saturday, December 10, 2011

~ Jejari Bergerak Kembali ~

Bismillah..

Sekian lama jari tidak menari di atas papan kekunci. Rasa rindu namun tidak ada kata yang mampu diluahkan. Terlalu banyak suka duka perit maung yang dihadapi namun masih berat untuk ditintakan melalui secebis perkataan. Kini, jejari perlu menari untuk meluahkan segala kedukaan hati. Akan digunakan segala kuasa hati dan jejari sebagai satu lapangan untuk mengembirakan diri sendiri. Minda perlu bergerak untuk membantu. Hati perlukan ubat untuk diubati. Diri perlukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Hilangkan rasa takut kerana ianya membunuh diri sendiri. Selamat kembali bertinta ketika hati mula berkata.

Saturday, December 5, 2009

~kisah latihan ilmiah~

Dah lama aku simpan keinginan untuk aku ceritakan sedikit pasal alkisah latihan ilmiah aku. Semenjak kebelakangan ini, aku rasakan semakin seronok untuk aku menulis dan meluahkan apa yang aku rasa.Tapi aku masih lagi tak mampu untuk meluahkan semuanya kerana this is not my realself. Akhirnya, setelah bertungkus-lumus, inilah hasilnya dan aku tak pasti sama ada apa yang aku buat ini adalah yang terbaik. Apa yang ada dalam fikiran aku masa tu, aku cuma nak siapkan latihan ilmiah ini sebab aku dah jemu dan muak dengan semua ni. Otak aku memang bukan otak yang educated. Masa aku menjalankan survey bagi memenuhi kehendak latihan ilmiah aku nie, aku ada terfikir yang aku nak lakukan lagi sekali mengikut kemampuan yang aku ada sebab aku rasakan tajuk yang aku pilih nie agak menyeronokkan dan aku nak cuba untuk lebih memahami apa sebenarnya yang ingin aku cari. Tapi agak mustahil untuk aku teruskan. Sebab aku jenis yang lambat dan biasanya otak aku agak slow untuk catch up benda2 macam nie. Apa2 pun, aku bersyukur sangat2 sebab akhirnya aku dah siapkan latihan ilmiah ini walaupun aku tahu sifu aku, Dr Jazimin agak ragu2 dengan latihan ilmiah aku nie. Tak kisahlah. Aku rasa aku dah ikut jalan yang betul dan kalau ada salah silapnya, aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Tuesday, December 1, 2009

~kenangan di majlis pertunangan~


28hb November 2009, selamatlah kak da bergelar tunangan kepada abg zamzuri kita. Aku tak sempat nak tengok majlis bertunang ni berlangsung lantaran hujan and my hubby tersangkut dalam jem. Lepas asar barulah kitorang dapat bertolak ke destinasi yang hendak ditujui berpandukan peta daripada kak da, aida dan juga sue. Almaklumlah, aku tak arif sangat kawasan Machang nie. Setakat nak ke rumah kawan kat sana tu, lulus lagilah. Tapi bila tiba masa nak cari rumah Kak da, boleh sesat jalan jugak dibuatnya. Aku selamat sampai kat rumah kak da pun dengan bantuan mak dia yang ambil kami dekat cabang nak masuk ke rumahnya. Kalau tak memang tak jumpa asenya rumah nie. Kat atas nie aku sertakan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil semasa kat rumah kak da. Di sebabkan kesuntukkan masa, aku tak sempat nak posing banyak-banyak. Malu dan segan pun ada sebab hanya aku tetamu yang last sampai. Dan majlis pertunangan kak da menjadi satu kenangan yang aku takkan lupa sampai bila2. My hubby dah memalukan aku depan orang ramai bila dia mandikan aku dengan air basuh tangan. Aku yang tengah enak menikmati nasi hujan panas masa tu, terbantut terus selera makan. Sedih dan marah bercampur gaul. Separuh badan aku basah lantaran kecuaian my hubby aku sendiri. Malu tak payah nak cakap. Nak menitis air mata aku di buatnya. Tapi still control cun sebab depan orang ramai. he3..pepun, aku nak ucapkan tahniah buat kak da dan abe juri. Majlis kahwin nanti Insyaallah aku akan sampai jugak. Doakan na jugak yer...

Tuesday, November 17, 2009

~coret-coret~

Dah lama aku tak coretkan kata kat blog tercinta ni. Banyak benda yang nak dicoretkan tapi entah kenapa tiada ayat yang dapat aku suakan. Dah memang aku bukan dilahirkan untuk menyusun kata puitis. Terlalu banyak kenangan yang hendak aku kongsikan di saat aku meniti hari-hari terakhir di universiti ini. Hari ini rasanya hendak aku luahkan tekanan aku akibat tesis aku yang tak siap-siap lagi. adooiiiii...Otak aku memang lembap, lebam, slow, 'betak'..Dengki betul aku dengan kawan-kawan yang ada capahan minda yang bercabang-cabang. Idea datang macam jet pejuang je...Zupppppp...tapi aku, entah apalah yang nak jadi. Tak pernah aku berada dalam tahap tekanan macam ni. Tak pernah aku sampai nak menitiskan airmata akibat assigment. Tapi kali ni, airmata aku tak payah dipaksa-paksa. Bila-bila masa je aku boleh menangis. Aku memang tertekan sangat. Kadang-kadang rasa macam nak mengalah je tapi takkan ada yang akan bersimpati dengan aku. Aku memang lembap. Itu yang pasti. Dan paling pasti, aku ada satu disorder..OBSESSIVE COMPULSIVE DISORDER..memang sedang mengganggu kefungsian hidup aku sekarang..tolong aku, bantu aku.. :-(

Saturday, September 12, 2009

~terlalu cinta~


Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa kerna tak memilikimu
Ku coba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu lagi berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini
Terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh
Dari angan tentangnya
Namun
Apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya
Aku terlalu cinta dia