selamat datang

SALAM

Perkongsian tulus ikhlas dari hati buat semua yang sudi menjenguk. Sekadar menambah pengetahuan untuk peringatan pada diri sendiri dan juga semua. Gilapkan ilmu yang ada, kongsi pandangan bersama untuk sama-sama membina hidup yang bahagia di dunia dan akhirat. Hulurkan pandangan anda secara peribadi untuk kebaikan bersama.

Saturday, December 5, 2009

~kisah latihan ilmiah~

Dah lama aku simpan keinginan untuk aku ceritakan sedikit pasal alkisah latihan ilmiah aku. Semenjak kebelakangan ini, aku rasakan semakin seronok untuk aku menulis dan meluahkan apa yang aku rasa.Tapi aku masih lagi tak mampu untuk meluahkan semuanya kerana this is not my realself. Akhirnya, setelah bertungkus-lumus, inilah hasilnya dan aku tak pasti sama ada apa yang aku buat ini adalah yang terbaik. Apa yang ada dalam fikiran aku masa tu, aku cuma nak siapkan latihan ilmiah ini sebab aku dah jemu dan muak dengan semua ni. Otak aku memang bukan otak yang educated. Masa aku menjalankan survey bagi memenuhi kehendak latihan ilmiah aku nie, aku ada terfikir yang aku nak lakukan lagi sekali mengikut kemampuan yang aku ada sebab aku rasakan tajuk yang aku pilih nie agak menyeronokkan dan aku nak cuba untuk lebih memahami apa sebenarnya yang ingin aku cari. Tapi agak mustahil untuk aku teruskan. Sebab aku jenis yang lambat dan biasanya otak aku agak slow untuk catch up benda2 macam nie. Apa2 pun, aku bersyukur sangat2 sebab akhirnya aku dah siapkan latihan ilmiah ini walaupun aku tahu sifu aku, Dr Jazimin agak ragu2 dengan latihan ilmiah aku nie. Tak kisahlah. Aku rasa aku dah ikut jalan yang betul dan kalau ada salah silapnya, aku budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Tuesday, December 1, 2009

~kenangan di majlis pertunangan~


28hb November 2009, selamatlah kak da bergelar tunangan kepada abg zamzuri kita. Aku tak sempat nak tengok majlis bertunang ni berlangsung lantaran hujan and my hubby tersangkut dalam jem. Lepas asar barulah kitorang dapat bertolak ke destinasi yang hendak ditujui berpandukan peta daripada kak da, aida dan juga sue. Almaklumlah, aku tak arif sangat kawasan Machang nie. Setakat nak ke rumah kawan kat sana tu, lulus lagilah. Tapi bila tiba masa nak cari rumah Kak da, boleh sesat jalan jugak dibuatnya. Aku selamat sampai kat rumah kak da pun dengan bantuan mak dia yang ambil kami dekat cabang nak masuk ke rumahnya. Kalau tak memang tak jumpa asenya rumah nie. Kat atas nie aku sertakan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil semasa kat rumah kak da. Di sebabkan kesuntukkan masa, aku tak sempat nak posing banyak-banyak. Malu dan segan pun ada sebab hanya aku tetamu yang last sampai. Dan majlis pertunangan kak da menjadi satu kenangan yang aku takkan lupa sampai bila2. My hubby dah memalukan aku depan orang ramai bila dia mandikan aku dengan air basuh tangan. Aku yang tengah enak menikmati nasi hujan panas masa tu, terbantut terus selera makan. Sedih dan marah bercampur gaul. Separuh badan aku basah lantaran kecuaian my hubby aku sendiri. Malu tak payah nak cakap. Nak menitis air mata aku di buatnya. Tapi still control cun sebab depan orang ramai. he3..pepun, aku nak ucapkan tahniah buat kak da dan abe juri. Majlis kahwin nanti Insyaallah aku akan sampai jugak. Doakan na jugak yer...

Tuesday, November 17, 2009

~coret-coret~

Dah lama aku tak coretkan kata kat blog tercinta ni. Banyak benda yang nak dicoretkan tapi entah kenapa tiada ayat yang dapat aku suakan. Dah memang aku bukan dilahirkan untuk menyusun kata puitis. Terlalu banyak kenangan yang hendak aku kongsikan di saat aku meniti hari-hari terakhir di universiti ini. Hari ini rasanya hendak aku luahkan tekanan aku akibat tesis aku yang tak siap-siap lagi. adooiiiii...Otak aku memang lembap, lebam, slow, 'betak'..Dengki betul aku dengan kawan-kawan yang ada capahan minda yang bercabang-cabang. Idea datang macam jet pejuang je...Zupppppp...tapi aku, entah apalah yang nak jadi. Tak pernah aku berada dalam tahap tekanan macam ni. Tak pernah aku sampai nak menitiskan airmata akibat assigment. Tapi kali ni, airmata aku tak payah dipaksa-paksa. Bila-bila masa je aku boleh menangis. Aku memang tertekan sangat. Kadang-kadang rasa macam nak mengalah je tapi takkan ada yang akan bersimpati dengan aku. Aku memang lembap. Itu yang pasti. Dan paling pasti, aku ada satu disorder..OBSESSIVE COMPULSIVE DISORDER..memang sedang mengganggu kefungsian hidup aku sekarang..tolong aku, bantu aku.. :-(

Saturday, September 12, 2009

~terlalu cinta~


Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi
Aku semakin tersiksa kerna tak memilikimu
Ku coba jalani hari dengan pengganti dirimu
Tapi hatiku selalu lagi berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini
Terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh
Dari angan tentangnya
Namun
Apalah daya ini
Bila ternyata sesungguhnya
Aku terlalu cinta dia

~melawan kesepian~

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti
Semoga kepergianmu
Takkan merubah apapun
Semoga mampu ku lawan
Kesepianku

~tak mungkin kerana sayang~


Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui
Ada ketika
Di minda kau menjelma kembali
Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu Hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh
Jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harus ku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Friday, September 4, 2009

~happy~

Good afternoon Malaysia. Kepala aku tengah berpusing ni. Tak tahu kenapa. Bangun tidur tadi terus rasa sakit-sakit. Nak makan ubat pun kena tunggu buka puasa dulu. Duugaaannn..Anyway, ada something yang nak aku kongsikan bersama. Alang-alang aku sudah membaca entry kawan-kawanku, maka dengan itu, tergerak hatiku untuk meluahkan dan berkongsi perasaan ku yang tengah seronok sangat2 kini. Dua malam lepas, tak silap perhitunganku, adik aku yang no 3 call. Dia sampaikan berita yang paling happy yang aku nak dengar sangat2. Dah lama mengharap dan akhirnya Allah makbulkan doa kami adik beradik dan juga yang paling utama doa abah kami. Syukur Alhamdullillah. Nak tahu apa beritanya? AKU NAK DAPAT ADIK BARU. he3.. Dah lama asenya kami semua tak main2 dengan budak kecik ni. Bulan baik ni, Allah murahkan rezeki keluarga kami dengan berikan anugerah yang paling istimewa ni. Bersorak aku bila mendapat perkhabaran menggembirakan ni. Bayangkan, umur aku dah nak masuk 24 tapi aku masih ada chance nak pegang baby iaitu adik aku sendiri. Tak sabar asenya nak tunggu kelahiran adik baru aku. So excited. Doa aku, semoga Allah sentiasa melindungi ibuku dan kandungannya. Makin besar keluarga aku. Alhamdullilah.

Friday, August 28, 2009

~siapa aku~

Sudah terlalu lama aku tidak mencoretkan kata, meluahkan rasa. Kiranya kini, ingin aku kongsikan sesuatu di laman yang sudah lama tidak ku lawati ini. Bukannya mudah untuk aku berkarya sekiranya hati aku tidak ketemu apa yang hendak aku suarakan. Semalam, aku tertarik dengan sesuatu yang dipaparkan di laman kawan baikku sendiri. Tentang personaliti diri kita sendiri. Personaliti aku? Ini yang aku dapat.
1) Rahsia personaliti huruf pangkal nama.
A. Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
L. Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
2) Rahsia tarikh lahir
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
Ada yang tersenarai di atas tepat-tepat dengan diri aku. Namun, aku terfikir, beginikah sikap aku yang sebenar? Kadang-kadang aku agak keliru. Aku masih tidak mampu untuk cuba mengenali diri aku sendiri. Di mana kekuatan dan kelemahan aku? Apa yang aku inginkan? Apa sikap aku yang sebenar? Aku boleh tertekan bila aku sendiri tidak dapat kenalpasti identiti aku sendiri. Umur semakin meningkat tapi aku masih seperti anak remaja yang tergapai-gapai dalam mencari identiti. Salah siapa? Aku sendiri tidak tahu di mana silapnya. Aku cuba untuk bangkit dan mencari identiti ku sendiri namun gangguan persekitaran benar2 menguji keupayaan aku untuk membentuk identitiku yang sebenar. Sampai bila aku akan terus begini, aku sendiri tidak pasti. SIAPA AKU???

Friday, May 1, 2009

..bila aku berkata...

Dah lama tak coretkan kata-kata dalam blog nie. Hari ini aku nak luangkan sedikit masa untuk aku berkata-kata.

"bila aku katakan aku sayangkan dia..itu bermakna..aku benar-benar sayangkan dia..dan sampai bila-bila pun aku tetap sayangkan dia..walau apa pun yang telah dia lakukan"

Macam tak ada makna je kan ayat ni. Tapi maknanya besar bagi aku. Aku hanya nak menyatakan sayang aku pada orang yang aku sayang. Ramai orang yang aku sayang. Family aku dah memang sah2 aku sayang. Kekasih hati? Sayang. Lagi? Agak2 siapa ya? Banyak juga orang yang aku sayang tapi aku tak pernah cuba untuk mengatakan aku sayang. Kadang-kadang orang yang aku sayang ni tahu ke tidak sebenarnya aku sayang kat mereka. Aku rasa mereka tak tahu kot. Disebabkan aku sayang kat mereka, banyak kali aku pendam sedih di hati. Sebabnya? Aku sayang mereka-mereka ni. Tapi mereka tak tahu yang aku sayang mereka. Macam manalah agaknya hendak aku katakan yang aku sayang mereka. Ada sape2 nak bagi cadangan? Kadang-kadang aku fikir, biarlah aku korbankan rasa sayang ni walaupun aku memang sayang sangat2. Sedih juga bila tengok orang yang kita sayang dah tak sayangkan kita lagi. Tapi itu dah adat dunia agaknya. Nampaknya tak bolehlah aku nak pentingkan Love and belonging yang ada dalam diri aku ni. Sebab aku sayangkan orang. Tapi aku tak tahu orang sayangkan aku ke tak. Nampak macam tak sayang je. Tapi tak apalah. Asalkan aku sayang mereka-mereka ni.


Monday, April 13, 2009

~akhirnya~

aku petik kata-kata yang pernah diberikan kepadaku
"kadang-kadang kita perlu berlembut walaupun kita memang lembut. Jangan terlalu berfikir perkara yang kecil hingga menjadi besar. Kadang-kadang berfikir apa yang lebih perlu"

Ayat ini terlalu memberi makna kepada aku. Namun, hingga saat ini aku masih cuba untuk mengerti apakah makna yang ada di sebalik ayat yang diberikan. Aku cuba untuk fahami maksud yang tersirat dengan lebih mendalam. Dan kini, rasanya aku tahu. Seruan warkah telah bersahut. Akhirnya. Tamat sudah perjuangan aku. Tugas aku sudah selesai. Dan aku takkan mengganggu lagi. Aku selesa dengan apa yang berlaku sekarang. Aku bukakan lorong untuk melangkah pergi dan sukar untuk aku kembali. Aku sudah kembalikan hak yang sepatutnya bukan milik aku. Dan aku sudah tidak punya apa-apa hak lagi sama seperti dulu.

Aku akan jadi seperti aku yang dulu. Tiada lagi reaksi wajah tidak senang aku kira yang dilontarkan kepada aku. Aku kembalikan harta yang bukan milikku. Dan aku harap, tiada lagi aku dikaitkan dengan apa-apa. Aku sudah melakukan yang terbaik sepanjang aku menjaga harta ini. Dan sekarang, aku lepaskan ianya pergi kepada insan yang lebih berhak untuk menjaga harta ini. Aku sudah tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab lagi. Aku serahkan semuanya kepada yang berhak. Harta ini bukan milikku dan kegembiraan harta ini bukan bersamaku.

"Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu, Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku"

Pergilah. Melangkahlah. Lebarkan sayapmu bersama insan yang lebih mengerti akan dirimu. Aku hanya akan menjadi satu kenangan buatmu. Benarkan aku melangkah pergi dan aku takkan menghalang kegembiraan ini. Aku hanya insan yang hina, melukut di tepi gantang. Dan mungkin benar, aku yang bermasalah. Namun, aku kira, ini yang terbaik untuk aku dan untuk semua. Hanya lafaz selamat tinggal mampu aku ungkapkan.

"SELAMAT TINGGAL"

Wednesday, April 1, 2009

~warkah buat saudaraku~

Aku pernah menitipkan tinta untuk aku mengukir kata buat seorang saudara. Pernah aku utarakan isi hati aku tentang apa yang aku rasakan. Kini, izinkan aku untuk kembali menitipkan kata buat saudara-saudara ku. Madah aku bukan untuk mengguris luka lama. Namun madah aku hanya ingin mengubati luka yang sudah terbiar lama. Warkah ini ingin ku utuskan buat saudara-saudara ku. Siapa saudara ku? Ku rasakan dengan warkah ini mungkin ada saudara-saudara ku yang akan mengerti. Bait kataku mungkin hanya dirasai oleh saudara-saudaraku sahaja. Kerana hatiku sudah terlalu rapuh untuk menahan segalanya
Buat saudaraku,
Masihkah kau ingat warkah yang pernah aku layangkan dulu? Mungkin ada yang ingat. Mungkin sudah ada yang melupakan warkah ku itu. Namun, sekali lagi aku mencoretkan kata. Buat tatapan saudaraku. Dulu, pernah aku katakan, kembalilah saudaraku kepada orang yang lebih memerlukan dirimu. Kembalilah saudara ku kepada insan yang lebih berhak kepada dirimu. Namun, tiada seorang pun saudara ku ingin kembali. Kini, saudaraku semuanya sudah mula mengorak langkah sendiri. Saudaraku sudah mula menjauh. Dan saudaraku sendiri sedar perpisahan yang tidak diduga berlaku. Aku pernah mengatakan aku tidak ingin mengambil hak saudaraku daripada saudaraku yang lain. Kerana apa? Kerana aku tidak bisa untuk menggantikan diri saudaraku itu.
Buat saudaraku,
Aku melayangkan warkah untuk aku gambarkan bahawa aku tidak ingin semua ini terjadi. Aku tahu pada satu saat saudaraku merasakan dia ingin bebas. Dan aku juga tahu pada satu saat saudaraku akan kembali merindui segala kenangan manis bersama dengan saudaraku yang lain. Aku juga tidak petah dalam berkata-kata, aku tidak bijak dalam menyusun tutur kataku. Namun, aku tahu jauh di sudut hati saudara-saudaraku, ada luka yang terpendam sekian lama. Semakin hari luka ini semakin berdarah. Dan buat saudaraku, sekali lagi aku nyatakan, aku tak ingin mengambil saudaraku yang bukan milikku. Aku tak mampu menjadi saudaraku yang pernah menghulurkan kebahagiaan buat saudaraku yang lain.
Buat saudaraku,
Jika warkah ini menjadi tatapan, fahamilah maksud susun kataku. Aku hanya ingin saudaraku kembali kepada dunia saudaraku yang dirindui. Walaupun aku tahu hati yang diguris, dilukai sukar untuk diubati, tapi rasanya sudah cukup pengajaran yang diberi. Buku-buku yang dibaca dan ditatap sudah banyak memberikan pengalaman yang bermakna kepada saudara-saudaraku. Aku sendiri sukar untuk menjatuhkan ego ku sendiri. Namun, tipu jika ada saudara-saudaraku mengatakan yang dirinya tidak kisah jika hidup bersendiri. cepat atau tidak, satu saat saudaraku pasti akan sedar, betapa saudaraku ini akan merindui saudaraku yang telah dia kehilangan.
Buat semua saudaraku,
Maafkan aku andai tersalah dalam mencoret kata. Pesanku buat saudara-saudaraku, kembalilah. Kerana aku tahu dalam perjuangan saudara-saudaraku menggapai apa yang diimpikan, sebenarnya saudara-saudaraku telah melepaskan sesuatu yang paling bermakna. Bukan sahaja saudaraku, tapi aku sendiri. Warkahku khas untuk saudara-saudaraku dan diriku. Agar kita masing-masing sedar, apa sebenarnya erti hidup yang kita cari.

~hembusan kerinduan~



tatkala angin menyentuh lembut wajahku
ku hela nafas perlahan-lahan
terlalu beratnya bebanan ku rasakan
hatiku penuh dengan kesengsaraan
menanggung rindu yang tiada kesudahan
tirai semalam ku singkap lagi
segala memori ku rungkaikan kembali
di saat bibirku masih mampu mengukir senyum
buat mereka yang sentiasa di sisiku
di saat hatiku masih lagi berbunga ceria
dengan hadirnya insan kesayanganku
aku merindui memori semalam
di mana aku mampu ketawa
di mana gundah bertukar warna
di mana titisan airmata ku menjadi mutiara
di mana sakitku menjadi penawar
hanya kerana kenangan semalam
ku selak tirai kenangan lalu
terbayang segala kegembiraanku
bersama-sama insan yang bermakna dihatiku
gelak ketawa suka duka dikongsi bersama
sayang rasanya di hati
bila kenangan itu sudah tidak kembali
terasa betapa kejamnya dunia ini
namun itulah yang harus ku tempuhi
ingin sekali aku menghidupkan kembali
kenangan lama yang sudah pergi
agar diri ini sentiasa dikasihi
namun masih adakah kemaafan di hati
memori lalu sering bermain di mata
terlihat satu hubungan yang begitu utuh
mesra terjalin tanpa sebarang sengketa
namun mengapa kini mengundang sengsara
perpecahan tanpa dipinta
perpisahan yang tidak diduga
masing-masing mengorak langkah
meninggalkan segalanya
besar hasrat di hati
jika memori ini dapat disatukan kembali
namun masih adakah peluang yang diberi
andai hati semakin dilukai
kata-kata semakin pedih tak terperi
apakah hati terlalu senang untuk diubati
semuanya demi satu memori
semuanya demi satu kenangan
semuanya hanya hembusan kerinduan
yang tiada kesudahan

Thursday, March 19, 2009

~bicara kata~

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya..

Wednesday, March 18, 2009

~atas nama kehidupan~


Hidup ada bermacam-macam karenah, ragam, cara dan sebagainya. Kadang-kadang kita merasakan kita cukup gembira dengan kehidupan yang kita jalani. Kadang-kadang, kita tak berpuas hati. Kadang-kadang kita ingin menjauh dan kadang-kadang kita inginkan seseorang disisi kita. Lumrah hidup. Benda yang tiada akan dikenang tapi benda di depan mata hanya dibiarkan. Tika ingin bersendirian, kita akan menidakkan apa sahaja yang menghalang. Jika kesunyian, kita kembali mencari sinar yang makin menghilang. Insan bergelar manusia, tidak pernah mengenal erti puas. Sering sahaja benda yang benar tapi kelihatan salah. Benda yang salah tapi dianggap benar. Seorang insan takkan terlepas daripada membuat salah dan tiada seorang insan pun di muka bumi ini yang tidak berbuat salah. Tapi, sudah menjadi adat manusia, salah orang senang dilihat tetapi salah sendiri sukar untuk diterokai. Kadang-kadang manusia ini tidak mengerti akan hakikat sebenar sebuah kehidupan. Ada yang terus menjatuhkan manusia lain, ada yang terus tenggelam dalam dunia sendiri. Ada yang merasakan dirinya sahaja yang betul. Ada yang berfikir dia tidak layak untuk melakukan apa-apa pun. Namun, siapalah kita untuk menentukan itu semua. Kita hanya insan biasa dan kita hanya bergelar manusia. Manusia yang diberikan akal fikiran namun tidak semuanya mampu menggunakan akal ini secara sihat. Erti sebuah kehidupan banyak mengajar dalam memahami insan disekeliling kita. Pengalaman lalu adalah buku yang terbaik tapi jangan sesekali menyalahgunakan ilmu yang ada. Jangan pandang manusia itu sebelah mata kerana walau sejahat mana manusia itu, walau senakal mana manusia itu, walau sejahil mana manusia itu, walau sebaik mana manusia itu, tujuannya hanya satu...AKHIRAT...

Friday, February 27, 2009

~dugaan~

Allah takkan turunkan ujian pada hamba-Nya jika kita tak mampu untuk menanggungnya. Itulah ayat yang sering berlegar-legar dalam kepala aku. Betapa aku cuba untuk menerima dengan hati yang terbuka dan redha dengan ujian yang diberikan. Betapa aku cuba untuk mengatakan pada diri aku sendiri bahawa aku mampu untuk menampung segala ujian ini. Allah tahu kekuatan aku dan diturunkan ujian ini untuk menguji iman dan kemampuan aku. Namun, kadang-kadang aku tewas. Ingin sekali aku curahkan airmata untuk mengurangkan beratnya bebanan yang aku pikul. Insan di luar sana melihat aku ketawa. Insan di luar sana melihat aku tersenyum. Namun insan di luar sana tak pernah merasai hebatnya bebanan yang aku terima. Sukar untuk aku jelaskan apa sebenarnya yang aku alami. Tidak pernah aku meminta untuk diuji sebegini namun semuanya ada hikmah disebaliknya. Semuanya benar-benar menguji diriku. Baru aku dapat menilai erti sebuah persahabatan. Aku dapat menilai erti sebuah kejujuran. Dengan pandangan mata kasar, memang aku kelihatan seperti insan normal. Tapi hanya dengan mata hati yang dapat menembusi apa yang aku sedang aku juangkan sebenarnya. Ingin sekali aku kembali cergas seperti dulu. Ingin sekali aku mempunyai pemikiran sihat seperti dulu. Ingin sekali aku memperolehi ketenangan yang aku dambakan. Namun kini, aku berjuang untuk kesemuanya. Nikmat hidup yang Allah berikan terasa telah diambil walaupun hanya sedikit. Betapa pentingnya kita sebagai hambaNya untuk mensyukuri segala pemberiannya. Namun, aku bersyukur, dengan ujian yang diberikan, aku sedar betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini. Buat yang mengerti, bukannya aku sengaja melakukan perkara yang aku tidak inginkan. Bukannya aku tidak mencuba untuk berdiri kembali. Bukannya aku tidak ingin untuk menjadi diriku yang dulu. Namun, kini semuanya terbatas. Aku masih lagi dalam perjuangan untuk menyelamatkan diriku sendiri. Maafkan aku andai ada yang terluka, marah, kecil hati, tak puas hati dengan sikapku. Namun, bukan itu yang aku pinta. Aku tak mengharapkan pengertian apa-apa namun aku harap, maafkanlah aku di atas ketidaksempurnaan diri ini. Mungkin ada yang berkata, aku tidak boleh jadikan ini sebagai alasan. Namun, aku akan cuba menghadapi keterbatasan ini. Tapi, hanya Allah yang tahu sampai bila aku harus menempuhi semua ujian ini.

Tuesday, February 17, 2009

~persahabatan~

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia? menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam? persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika? kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~JODOH~


salam..
fahamilah..

renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!
"Wassalam."
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.....

Surat Sayang Dari Allah

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin. Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk. Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbarunya. AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU. Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya. Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU. Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, doa, fikiran atau syukur dari hatimu.Keesokan harinya engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .Tapi yang KU tunggu.. tak kunjung tiba, tak juga kau menyapaKU. Subuh .. Zuhur .. Asar .. Mahgrib .. Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU. tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU. Apa salahKU padamu wahai HAMBAKU?????Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU!!!!!! Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU, Yang selalu menyertaimu setiap saat..

Wednesday, February 11, 2009

VALENTINE DAY

Bulan 2 pun dah separuh bulan. Apa agaknya yang paling sinonim dengan bulan 2? Bagi yang tidak ambil tahu, mungkin tak ingat peristiwa apa yang penting dalam bulan 2 ni. Tapi bagi yang sentiasa tertunggu2 kehadiran bulan 2 dalam setiap tahun, pasti akan tahu jawapannya. Nak tahu apa? Jom lihat coretan dibawah.
**********
"Hari Valentine mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah ratu Isabella di Sepanyol. Perkataan Valentine diambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine. Beliau amat disayangi oleh ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, Sepanyol pada 14 FEBUARI (tarikh valentine) 270 masihi. Kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu Isabella. Oleh itu 14 FEBRUARI disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan HARI VALENTINE. oleh itu, jika anda (umat islam) menyambut HARI VALENTINE sama seperti anda gembira dengan penumpasan kerajaan Islam di Cordava. HANYA ALLAH YANG LAYAK DISEMBAH."
**********
Itulah jawapannya. HARI VALENTINE. Kebanyakan remaja kini akan menyambut hari valentine ini sebagai tanda mereka menunjukkan kasih sayang kepada pasangan masing2. Dah namanya Hari Kekasih. Ada juga yang sambut hari valentines bersama2 keluarga. Ada yang cakap, bergantung pada niat kita untuk sambut Hari Valentine ini. Walau apa pun niat kita, rasanya lagi baik jika kita tak sama2 sambut Hari Valentine ini. Dah jelas kita tahu sejarah silamnya. Jadi, tepuk dada, tanya iman.

Thursday, February 5, 2009

Ku tersentap..Mmg mantap

Haa, nak tahu knp aku pnya tajuk kali ni mcm tu? Nielah alkisahnya. Kelmarin, bt kali pertama aku masuk makmal Kaunseling Kelompok. Pada jangkaan aku, makmal ni akan seronok sama mcm makmal2 yg pernah aku lalui sebelum ni. Punyala smgt aku nk hadiri makmal kali ni. Sbb bg aku, mesti perjalanan makmal kali ni sama dgn makmal dinamika kelompok yg penah aku buat dulu. Masuk jer dlm makmal, aku mmg xdiam mulut. Dok bergurau ngan kwn aku, Faiz, Aida dan As. Bleh tahan jgkla aku ni bila tiba tang bergurau. Masa tu aku dh tahu aku pnya lect makmal utk kali nie. Bermulalah alkisahnya di mana aku tersentap dgn apa yg bakal aku lalui utk sesi makmal kali ni. Aduiiiiiii..lect aku mmg bleh tahan r. Xbleh jwb soalan dia, kena berdiri. Xleh jwb lg, angkat sebelah tangan dan begitulah seterusnya. Hati aku dh mula DUP DAP DUP DAP. Matilah aku kali ni. Dahla aku jenis xbleh jmpe org yg suka tekan2, marah2. Mmg aku takut sgt2. Tp lama2, bila dh diberi penerangan, bila dh tahu motifnya knp dia buat mcm tu, baru aku faham. Rupanya, cara yang dia gunakan adalah untuk kebaikan kami jugak. Klu x, yg rugi bkn lect kami, tp kami jgk. So, dia gunakanlah cara tu agar kami xmain2 dan serius utk blaja. Katanya, masa blaja kita blaja, masa main kita main. Dan harapan aku, agar aku bleh follow makmal kali ni dgn baik. Semoga dgn cara dan tnjuk ajar dari lect aku ni mampu jadikan aku seorg kaunselor yg baik. Bukan setakat dpt ijazah kelas pertama, tp jgk ada ilmu yg cukup didada. Yg plg penting, kemahiran sbg seorang kaunselor. Tnpa kemahiran, xke mananya seorng kaunselor. Apa2 pun, CAYORK.. utk diri aku sdri.

Wednesday, February 4, 2009

Sambutan Assyura


Inilah antara aktiviti aku semasa cuti raya cina minggu lepas. Gotong-royong buat bubur Assyura atau dlm bahasa glamour org klate iaitu 'suro'. Orang cina sibuk beraya, aku plak sibuk kacau 'suro' yg dua kawah nie. Bnda nie dh dirancang smggu awl dari tarikh kejadian iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 25 jan 09. Sehari slps aku smbt hari lahir aku yg ke 23. Persediaan awl dh dibuat sehari sblm ari kejadian kat umah mak sedara aku tapi aku xjoinla sbb penat. Baru sampai dr tanjung malin yg tercinta. Maka aku gunakanlah peluang yg ada utk smpn tenaga dan berehat. Pada hari ahad tu, ma aku awl pg dh berangkat ke umah mak sedara aku. Aku still mimpi atas katil. Xkuasa nk pegi awl2. Dlm kol 11, aku pn berangkatla ngan adik laki aku, Aiman. Smpai je kat sana, bubur dh nek dapur. Aku pn xpasti kol brape diorg mula kacau bubur nie. Asenya dari kol 9 kot. Masa aku smpi, da rmai hulubalang2 yang diimport khas utk kacau 'suro' nie. Kebanyakannya kwn adik2 aku dan juga kwn spupu aku. Dorgla yg kerah tenaga utk kacau 2 kawah 'suro' ni smbl b'gilir. Aku pn tumpang skaki. Nak merasa jgk caner asenya kacau 'suro' nie. Nmpak mcm senang tapi bleh tahanla. Paling lama aku bertahan 5 minit jer. Pegang je kayu pengacau, mata aku dah berair. Nak tahu knp? Asap xsegan silu menerjah masuk mata aku. Mana tak menangis aku dibuatnya. Nak kacau 'suro' pn terbantut. Mmg kerja ni bukan tugas sorg pompuanla. Tp dsbbkan nk pglmn, aku try jgk. Sbb ni 1st time family aku berpakat bt 'suro' ramai2. Aku siap bergurau lg ngan adik aku, sape2 yg pts cinta ke, gaduh ngan makwe pakwe ke, bleh r kacau suro ni sbb org xtahu dia menangis sbb asap atau sbb lain. Tol x? Kira 2 kerja satu masa. Kitorang kacau 'suro' dr pagi smpi ke petang dan smpi ke malam. Klu nk cepat, petang dh boleh angkat tp klu nk sedap, kena kacau lama2, biar sume bahan sebati. Kol 9 mlm baru kami angkat 'suro2' nie. skit pnya lama kan. 2 pn sbb abah aku yg arahkan suh angkat. Tenaga kerja dh xramai. Lengan aku pn dh terpeleot ms ni. Bt kacau 'suro' yg dh hmpir msk. Beratnya xsesuai dgn tenaga aku sbg gadis melayu.hu3..Berurut sakan aku mlm 2 dgn adik pompuan aku. Balik umah, terus aku sapu Yoko2, nk bagi hlg lenguh2. Lau x, kopem aku xleh tido. Mak sedara aku pn dh serik nk bt 'suro' lg. Katanya penat sgt. Mmg akan penat bg sape2 yg jd tuan rumah. Lg satu, jgn cb2 nk bt 'suro' klu tenaga kerja xramai. Nnt xmsk 'suro' 2. cayela ckp aku. Pepn, sume ni satu pglmn yg ckp berharga. Dh lm aku xmkn 'suro' dan akhirnya aku mkn 'suro' mskan sdri. Mmg hebatla. Tabik pd sume yg beri sumbangan. He3

Tuesday, February 3, 2009

Doaku buat cintaku


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Ya Allah... seandainya telah Engkau catatkan, dia milikku, tercipta buatku, maka Kau satu kan lah hatinya dengan hatiku, titipkan lah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi... Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengasihi... Seiringkan kami melayari bahtera hidup ini, ketepian yang sejahtera & abadi, maka jodoh kan lah kami.... Tetapi Ya Allah.... Seandainya Engkau telah takdirkan, dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkan dia dari ingatanku & peliharalah aku dari kekecewaan.... Ya Allah Yang Maha Mengerti... Berikan aku kekuatan, menolak bayangannya jauh ke langit, hilang bersama senja yang merah, agar aku sentiasa tenang, walaupun bukan bersamanya... Ya Allah Yang tercinta, Pasrahkan aku dengan takdirmu, sesungguhnya ape yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.... Amin

Monday, February 2, 2009

Penyebab kerosakan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

my teddy..

Comel tak teddy bear aku ni? Nampak mcm kecik je kan. Tp hakikatnya, aku nak peluk pun tak muat. Actually, ni hadiah bornday aku yg ke 23. Tak sangka umur aku dh makin meningkat dan nampak gayanya dh makin tua aku ni rupanya. Nak dijadikan cerita, aku terkejut sgt bila dapat hadiah nie. Nak tahu dari siapa? He3...agak2 siapa ye..? Cuba teka..Emm, aku terkejut sgt bila dapat hadiah nie. Aku tak jangka pn ada org yg akan bg suprise present kat aku. Rancangan nakal adik aku dengan.......Mesti korang tahu siapa kan. Dikesempatan ini, aku nk ucapkan jutaan terima kasih kat.......sebab bagi hadiah yg bermakna bagi aku ni. Terkejut ada, sedih ada, nak menangis ada, tak percaya pom ada. Yg pasti, mmg sebak didada. Aku amat menghargai pemberiannya. Terima kasih. Tahun depan jgn lupa bg lagi..He3

kembalilah...


Aku bimbang ...sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

******************************************************

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ................. apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

*****************************************************

Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKON G PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

*****************************************************

Aku bimbang..amat bimbang..
imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

*******************************************************
Aku bimbang..sangat bimbang..
amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi kemasjid seperti oranglain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH


*******************************************************
"wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...
"ya allah jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Sunday, February 1, 2009

siapa aku..?siapa kita..?

Suka utk aku kongsikan bersama pengetahuan yang aku ada. Walaupun hanya sedikit namun apa yang aku tahu ini amat memberi kesan kepada diri aku sendiri. Aku petik kata-kata seorang sahabatku ketika kami sedang berbual-bual mengenai kehidupan ini..

"kalau na nak tahu, matahari tu hanya berada di celah kening malaikat je. Matahari tu paling besar bagi kita tapi kecil sgt kalau hanya berada di antara celah kening malaikat je. Bumi ni lagi kecil dari matahari. Kita ni sebesar manalah sgt. Kita pun tak tahu kita ni sebesar mana. Di mana tahap kita yang sebenar"

Bila aku terfikirkan ayat-ayat sahabatku ini, terasa betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini. Terasa yang aku tidak punya apa-apa sebenarnya. Boleh diibaratkan hanya sebagai debu yang boleh ditiup angin bila-bila masa sahaja. Apa yang ingin aku sampaikan ialah siapa aku di bumi Allah yang tercinta ini. Bila dikenang dosa-dosa semalam, apakah kita tahu di mana sebenarnya kita? Apakah sudah cukup amal dan ibadat yang kita lakukan sebagai bekalan kita di hari kehidupan yang kekal abadi? Semuanya membuatkan aku berfikir dan terfikir. Ketakutan menerjah tangkai hatiku. Aku terfikir, sudah bersediakah aku untuk dijemput Ilahi, sedangkan bekalan ku masih lagi kosong. Cuba renungkan. Hidup ini penuh dengan cabaran, dugaan dan godaan. Kita takkan terlepas daripada membuat dosa dalam kehidupan sehari-hari. Namun, kita harus ingat, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walau apa yang kita lakukan, janganlah sekali-kali dilupakan kewujudanNYA. Walau sehebat mana pun kita, namun ingatlah, hanya Dia yang akan kita cari.

Tuesday, January 13, 2009

sahabat

setiap manusia dalam dunia pasti tidak mampu untuk menjalani hidup berseorangan. walau di mana kita berada, teman tetap menjadi pilihan utama. tanpa teman, suramlah hidup, hilang warna-warni dan keceriaan. oleh itu hargailah setiap hubungan persahabatan yang dijalin kerana teman untuk bergembira senang dicari tapi teman untuk berduka sukar untuk ditemui. walau berjuta teman sekalipun, belum tentu semuanya teman sejati. bintang di langit juga berteman, inikan kita hanya insan yang lemah. hayatilah erti teman..wahai sahabat.

Monday, January 12, 2009

percubaan pertama

dengki tgk kwn2 dh mula buat blog..maka, diri ini pun mula bertatih sama..cuba teroka mana yang patut, mana yang rasa boleh diterjah..bukan dlm sesi je boleh dibuat penerokaan, dlm nie pom dh ckp banyak penerokaan yang perlu dibuat..bezanya..yang ini letih nak fikir caner nak kasi cantik...caner nk kasi menarik..masih banyak yang perlu dipelajari..harap2, mampulah untuk diri ini menghasilkan satu blog yang cukup cantik dan menawan..