selamat datang

SALAM

Perkongsian tulus ikhlas dari hati buat semua yang sudi menjenguk. Sekadar menambah pengetahuan untuk peringatan pada diri sendiri dan juga semua. Gilapkan ilmu yang ada, kongsi pandangan bersama untuk sama-sama membina hidup yang bahagia di dunia dan akhirat. Hulurkan pandangan anda secara peribadi untuk kebaikan bersama.

Friday, February 27, 2009

~dugaan~

Allah takkan turunkan ujian pada hamba-Nya jika kita tak mampu untuk menanggungnya. Itulah ayat yang sering berlegar-legar dalam kepala aku. Betapa aku cuba untuk menerima dengan hati yang terbuka dan redha dengan ujian yang diberikan. Betapa aku cuba untuk mengatakan pada diri aku sendiri bahawa aku mampu untuk menampung segala ujian ini. Allah tahu kekuatan aku dan diturunkan ujian ini untuk menguji iman dan kemampuan aku. Namun, kadang-kadang aku tewas. Ingin sekali aku curahkan airmata untuk mengurangkan beratnya bebanan yang aku pikul. Insan di luar sana melihat aku ketawa. Insan di luar sana melihat aku tersenyum. Namun insan di luar sana tak pernah merasai hebatnya bebanan yang aku terima. Sukar untuk aku jelaskan apa sebenarnya yang aku alami. Tidak pernah aku meminta untuk diuji sebegini namun semuanya ada hikmah disebaliknya. Semuanya benar-benar menguji diriku. Baru aku dapat menilai erti sebuah persahabatan. Aku dapat menilai erti sebuah kejujuran. Dengan pandangan mata kasar, memang aku kelihatan seperti insan normal. Tapi hanya dengan mata hati yang dapat menembusi apa yang aku sedang aku juangkan sebenarnya. Ingin sekali aku kembali cergas seperti dulu. Ingin sekali aku mempunyai pemikiran sihat seperti dulu. Ingin sekali aku memperolehi ketenangan yang aku dambakan. Namun kini, aku berjuang untuk kesemuanya. Nikmat hidup yang Allah berikan terasa telah diambil walaupun hanya sedikit. Betapa pentingnya kita sebagai hambaNya untuk mensyukuri segala pemberiannya. Namun, aku bersyukur, dengan ujian yang diberikan, aku sedar betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini. Buat yang mengerti, bukannya aku sengaja melakukan perkara yang aku tidak inginkan. Bukannya aku tidak mencuba untuk berdiri kembali. Bukannya aku tidak ingin untuk menjadi diriku yang dulu. Namun, kini semuanya terbatas. Aku masih lagi dalam perjuangan untuk menyelamatkan diriku sendiri. Maafkan aku andai ada yang terluka, marah, kecil hati, tak puas hati dengan sikapku. Namun, bukan itu yang aku pinta. Aku tak mengharapkan pengertian apa-apa namun aku harap, maafkanlah aku di atas ketidaksempurnaan diri ini. Mungkin ada yang berkata, aku tidak boleh jadikan ini sebagai alasan. Namun, aku akan cuba menghadapi keterbatasan ini. Tapi, hanya Allah yang tahu sampai bila aku harus menempuhi semua ujian ini.

Tuesday, February 17, 2009

~persahabatan~

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia? menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam? persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika? kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~JODOH~


salam..
fahamilah..

renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!
"Wassalam."
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.....

Surat Sayang Dari Allah

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin. Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk. Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbarunya. AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU. Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya. Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU. Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, doa, fikiran atau syukur dari hatimu.Keesokan harinya engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .Tapi yang KU tunggu.. tak kunjung tiba, tak juga kau menyapaKU. Subuh .. Zuhur .. Asar .. Mahgrib .. Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU. tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU. Apa salahKU padamu wahai HAMBAKU?????Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU!!!!!! Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU, Yang selalu menyertaimu setiap saat..

Wednesday, February 11, 2009

VALENTINE DAY

Bulan 2 pun dah separuh bulan. Apa agaknya yang paling sinonim dengan bulan 2? Bagi yang tidak ambil tahu, mungkin tak ingat peristiwa apa yang penting dalam bulan 2 ni. Tapi bagi yang sentiasa tertunggu2 kehadiran bulan 2 dalam setiap tahun, pasti akan tahu jawapannya. Nak tahu apa? Jom lihat coretan dibawah.
**********
"Hari Valentine mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah ratu Isabella di Sepanyol. Perkataan Valentine diambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine. Beliau amat disayangi oleh ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, Sepanyol pada 14 FEBUARI (tarikh valentine) 270 masihi. Kejayaan beliau begitu bermakna bagi ratu Isabella. Oleh itu 14 FEBRUARI disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan HARI VALENTINE. oleh itu, jika anda (umat islam) menyambut HARI VALENTINE sama seperti anda gembira dengan penumpasan kerajaan Islam di Cordava. HANYA ALLAH YANG LAYAK DISEMBAH."
**********
Itulah jawapannya. HARI VALENTINE. Kebanyakan remaja kini akan menyambut hari valentine ini sebagai tanda mereka menunjukkan kasih sayang kepada pasangan masing2. Dah namanya Hari Kekasih. Ada juga yang sambut hari valentines bersama2 keluarga. Ada yang cakap, bergantung pada niat kita untuk sambut Hari Valentine ini. Walau apa pun niat kita, rasanya lagi baik jika kita tak sama2 sambut Hari Valentine ini. Dah jelas kita tahu sejarah silamnya. Jadi, tepuk dada, tanya iman.

Thursday, February 5, 2009

Ku tersentap..Mmg mantap

Haa, nak tahu knp aku pnya tajuk kali ni mcm tu? Nielah alkisahnya. Kelmarin, bt kali pertama aku masuk makmal Kaunseling Kelompok. Pada jangkaan aku, makmal ni akan seronok sama mcm makmal2 yg pernah aku lalui sebelum ni. Punyala smgt aku nk hadiri makmal kali ni. Sbb bg aku, mesti perjalanan makmal kali ni sama dgn makmal dinamika kelompok yg penah aku buat dulu. Masuk jer dlm makmal, aku mmg xdiam mulut. Dok bergurau ngan kwn aku, Faiz, Aida dan As. Bleh tahan jgkla aku ni bila tiba tang bergurau. Masa tu aku dh tahu aku pnya lect makmal utk kali nie. Bermulalah alkisahnya di mana aku tersentap dgn apa yg bakal aku lalui utk sesi makmal kali ni. Aduiiiiiii..lect aku mmg bleh tahan r. Xbleh jwb soalan dia, kena berdiri. Xleh jwb lg, angkat sebelah tangan dan begitulah seterusnya. Hati aku dh mula DUP DAP DUP DAP. Matilah aku kali ni. Dahla aku jenis xbleh jmpe org yg suka tekan2, marah2. Mmg aku takut sgt2. Tp lama2, bila dh diberi penerangan, bila dh tahu motifnya knp dia buat mcm tu, baru aku faham. Rupanya, cara yang dia gunakan adalah untuk kebaikan kami jugak. Klu x, yg rugi bkn lect kami, tp kami jgk. So, dia gunakanlah cara tu agar kami xmain2 dan serius utk blaja. Katanya, masa blaja kita blaja, masa main kita main. Dan harapan aku, agar aku bleh follow makmal kali ni dgn baik. Semoga dgn cara dan tnjuk ajar dari lect aku ni mampu jadikan aku seorg kaunselor yg baik. Bukan setakat dpt ijazah kelas pertama, tp jgk ada ilmu yg cukup didada. Yg plg penting, kemahiran sbg seorang kaunselor. Tnpa kemahiran, xke mananya seorng kaunselor. Apa2 pun, CAYORK.. utk diri aku sdri.

Wednesday, February 4, 2009

Sambutan Assyura


Inilah antara aktiviti aku semasa cuti raya cina minggu lepas. Gotong-royong buat bubur Assyura atau dlm bahasa glamour org klate iaitu 'suro'. Orang cina sibuk beraya, aku plak sibuk kacau 'suro' yg dua kawah nie. Bnda nie dh dirancang smggu awl dari tarikh kejadian iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 25 jan 09. Sehari slps aku smbt hari lahir aku yg ke 23. Persediaan awl dh dibuat sehari sblm ari kejadian kat umah mak sedara aku tapi aku xjoinla sbb penat. Baru sampai dr tanjung malin yg tercinta. Maka aku gunakanlah peluang yg ada utk smpn tenaga dan berehat. Pada hari ahad tu, ma aku awl pg dh berangkat ke umah mak sedara aku. Aku still mimpi atas katil. Xkuasa nk pegi awl2. Dlm kol 11, aku pn berangkatla ngan adik laki aku, Aiman. Smpai je kat sana, bubur dh nek dapur. Aku pn xpasti kol brape diorg mula kacau bubur nie. Asenya dari kol 9 kot. Masa aku smpi, da rmai hulubalang2 yang diimport khas utk kacau 'suro' nie. Kebanyakannya kwn adik2 aku dan juga kwn spupu aku. Dorgla yg kerah tenaga utk kacau 2 kawah 'suro' ni smbl b'gilir. Aku pn tumpang skaki. Nak merasa jgk caner asenya kacau 'suro' nie. Nmpak mcm senang tapi bleh tahanla. Paling lama aku bertahan 5 minit jer. Pegang je kayu pengacau, mata aku dah berair. Nak tahu knp? Asap xsegan silu menerjah masuk mata aku. Mana tak menangis aku dibuatnya. Nak kacau 'suro' pn terbantut. Mmg kerja ni bukan tugas sorg pompuanla. Tp dsbbkan nk pglmn, aku try jgk. Sbb ni 1st time family aku berpakat bt 'suro' ramai2. Aku siap bergurau lg ngan adik aku, sape2 yg pts cinta ke, gaduh ngan makwe pakwe ke, bleh r kacau suro ni sbb org xtahu dia menangis sbb asap atau sbb lain. Tol x? Kira 2 kerja satu masa. Kitorang kacau 'suro' dr pagi smpi ke petang dan smpi ke malam. Klu nk cepat, petang dh boleh angkat tp klu nk sedap, kena kacau lama2, biar sume bahan sebati. Kol 9 mlm baru kami angkat 'suro2' nie. skit pnya lama kan. 2 pn sbb abah aku yg arahkan suh angkat. Tenaga kerja dh xramai. Lengan aku pn dh terpeleot ms ni. Bt kacau 'suro' yg dh hmpir msk. Beratnya xsesuai dgn tenaga aku sbg gadis melayu.hu3..Berurut sakan aku mlm 2 dgn adik pompuan aku. Balik umah, terus aku sapu Yoko2, nk bagi hlg lenguh2. Lau x, kopem aku xleh tido. Mak sedara aku pn dh serik nk bt 'suro' lg. Katanya penat sgt. Mmg akan penat bg sape2 yg jd tuan rumah. Lg satu, jgn cb2 nk bt 'suro' klu tenaga kerja xramai. Nnt xmsk 'suro' 2. cayela ckp aku. Pepn, sume ni satu pglmn yg ckp berharga. Dh lm aku xmkn 'suro' dan akhirnya aku mkn 'suro' mskan sdri. Mmg hebatla. Tabik pd sume yg beri sumbangan. He3

Tuesday, February 3, 2009

Doaku buat cintaku


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Ya Allah... seandainya telah Engkau catatkan, dia milikku, tercipta buatku, maka Kau satu kan lah hatinya dengan hatiku, titipkan lah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi... Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Mengasihi... Seiringkan kami melayari bahtera hidup ini, ketepian yang sejahtera & abadi, maka jodoh kan lah kami.... Tetapi Ya Allah.... Seandainya Engkau telah takdirkan, dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkan dia dari ingatanku & peliharalah aku dari kekecewaan.... Ya Allah Yang Maha Mengerti... Berikan aku kekuatan, menolak bayangannya jauh ke langit, hilang bersama senja yang merah, agar aku sentiasa tenang, walaupun bukan bersamanya... Ya Allah Yang tercinta, Pasrahkan aku dengan takdirmu, sesungguhnya ape yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku.... Amin

Monday, February 2, 2009

Penyebab kerosakan otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

my teddy..

Comel tak teddy bear aku ni? Nampak mcm kecik je kan. Tp hakikatnya, aku nak peluk pun tak muat. Actually, ni hadiah bornday aku yg ke 23. Tak sangka umur aku dh makin meningkat dan nampak gayanya dh makin tua aku ni rupanya. Nak dijadikan cerita, aku terkejut sgt bila dapat hadiah nie. Nak tahu dari siapa? He3...agak2 siapa ye..? Cuba teka..Emm, aku terkejut sgt bila dapat hadiah nie. Aku tak jangka pn ada org yg akan bg suprise present kat aku. Rancangan nakal adik aku dengan.......Mesti korang tahu siapa kan. Dikesempatan ini, aku nk ucapkan jutaan terima kasih kat.......sebab bagi hadiah yg bermakna bagi aku ni. Terkejut ada, sedih ada, nak menangis ada, tak percaya pom ada. Yg pasti, mmg sebak didada. Aku amat menghargai pemberiannya. Terima kasih. Tahun depan jgn lupa bg lagi..He3

kembalilah...


Aku bimbang ...sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

******************************************************

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau ................. apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.

*****************************************************

Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKON G PESERTA REALITI TV TU.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

*****************************************************

Aku bimbang..amat bimbang..
imanku masih terumbang-umbang
Ketika aku di dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan ?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan ?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

*******************************************************
Aku bimbang..sangat bimbang..
amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..
TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi kemasjid seperti oranglain
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH


*******************************************************
"wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...
"ya allah jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Sunday, February 1, 2009

siapa aku..?siapa kita..?

Suka utk aku kongsikan bersama pengetahuan yang aku ada. Walaupun hanya sedikit namun apa yang aku tahu ini amat memberi kesan kepada diri aku sendiri. Aku petik kata-kata seorang sahabatku ketika kami sedang berbual-bual mengenai kehidupan ini..

"kalau na nak tahu, matahari tu hanya berada di celah kening malaikat je. Matahari tu paling besar bagi kita tapi kecil sgt kalau hanya berada di antara celah kening malaikat je. Bumi ni lagi kecil dari matahari. Kita ni sebesar manalah sgt. Kita pun tak tahu kita ni sebesar mana. Di mana tahap kita yang sebenar"

Bila aku terfikirkan ayat-ayat sahabatku ini, terasa betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini. Terasa yang aku tidak punya apa-apa sebenarnya. Boleh diibaratkan hanya sebagai debu yang boleh ditiup angin bila-bila masa sahaja. Apa yang ingin aku sampaikan ialah siapa aku di bumi Allah yang tercinta ini. Bila dikenang dosa-dosa semalam, apakah kita tahu di mana sebenarnya kita? Apakah sudah cukup amal dan ibadat yang kita lakukan sebagai bekalan kita di hari kehidupan yang kekal abadi? Semuanya membuatkan aku berfikir dan terfikir. Ketakutan menerjah tangkai hatiku. Aku terfikir, sudah bersediakah aku untuk dijemput Ilahi, sedangkan bekalan ku masih lagi kosong. Cuba renungkan. Hidup ini penuh dengan cabaran, dugaan dan godaan. Kita takkan terlepas daripada membuat dosa dalam kehidupan sehari-hari. Namun, kita harus ingat, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walau apa yang kita lakukan, janganlah sekali-kali dilupakan kewujudanNYA. Walau sehebat mana pun kita, namun ingatlah, hanya Dia yang akan kita cari.