selamat datang

SALAM

Perkongsian tulus ikhlas dari hati buat semua yang sudi menjenguk. Sekadar menambah pengetahuan untuk peringatan pada diri sendiri dan juga semua. Gilapkan ilmu yang ada, kongsi pandangan bersama untuk sama-sama membina hidup yang bahagia di dunia dan akhirat. Hulurkan pandangan anda secara peribadi untuk kebaikan bersama.

Thursday, March 19, 2009

~bicara kata~

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya..

Wednesday, March 18, 2009

~atas nama kehidupan~


Hidup ada bermacam-macam karenah, ragam, cara dan sebagainya. Kadang-kadang kita merasakan kita cukup gembira dengan kehidupan yang kita jalani. Kadang-kadang, kita tak berpuas hati. Kadang-kadang kita ingin menjauh dan kadang-kadang kita inginkan seseorang disisi kita. Lumrah hidup. Benda yang tiada akan dikenang tapi benda di depan mata hanya dibiarkan. Tika ingin bersendirian, kita akan menidakkan apa sahaja yang menghalang. Jika kesunyian, kita kembali mencari sinar yang makin menghilang. Insan bergelar manusia, tidak pernah mengenal erti puas. Sering sahaja benda yang benar tapi kelihatan salah. Benda yang salah tapi dianggap benar. Seorang insan takkan terlepas daripada membuat salah dan tiada seorang insan pun di muka bumi ini yang tidak berbuat salah. Tapi, sudah menjadi adat manusia, salah orang senang dilihat tetapi salah sendiri sukar untuk diterokai. Kadang-kadang manusia ini tidak mengerti akan hakikat sebenar sebuah kehidupan. Ada yang terus menjatuhkan manusia lain, ada yang terus tenggelam dalam dunia sendiri. Ada yang merasakan dirinya sahaja yang betul. Ada yang berfikir dia tidak layak untuk melakukan apa-apa pun. Namun, siapalah kita untuk menentukan itu semua. Kita hanya insan biasa dan kita hanya bergelar manusia. Manusia yang diberikan akal fikiran namun tidak semuanya mampu menggunakan akal ini secara sihat. Erti sebuah kehidupan banyak mengajar dalam memahami insan disekeliling kita. Pengalaman lalu adalah buku yang terbaik tapi jangan sesekali menyalahgunakan ilmu yang ada. Jangan pandang manusia itu sebelah mata kerana walau sejahat mana manusia itu, walau senakal mana manusia itu, walau sejahil mana manusia itu, walau sebaik mana manusia itu, tujuannya hanya satu...AKHIRAT...

Friday, February 27, 2009

~dugaan~

Allah takkan turunkan ujian pada hamba-Nya jika kita tak mampu untuk menanggungnya. Itulah ayat yang sering berlegar-legar dalam kepala aku. Betapa aku cuba untuk menerima dengan hati yang terbuka dan redha dengan ujian yang diberikan. Betapa aku cuba untuk mengatakan pada diri aku sendiri bahawa aku mampu untuk menampung segala ujian ini. Allah tahu kekuatan aku dan diturunkan ujian ini untuk menguji iman dan kemampuan aku. Namun, kadang-kadang aku tewas. Ingin sekali aku curahkan airmata untuk mengurangkan beratnya bebanan yang aku pikul. Insan di luar sana melihat aku ketawa. Insan di luar sana melihat aku tersenyum. Namun insan di luar sana tak pernah merasai hebatnya bebanan yang aku terima. Sukar untuk aku jelaskan apa sebenarnya yang aku alami. Tidak pernah aku meminta untuk diuji sebegini namun semuanya ada hikmah disebaliknya. Semuanya benar-benar menguji diriku. Baru aku dapat menilai erti sebuah persahabatan. Aku dapat menilai erti sebuah kejujuran. Dengan pandangan mata kasar, memang aku kelihatan seperti insan normal. Tapi hanya dengan mata hati yang dapat menembusi apa yang aku sedang aku juangkan sebenarnya. Ingin sekali aku kembali cergas seperti dulu. Ingin sekali aku mempunyai pemikiran sihat seperti dulu. Ingin sekali aku memperolehi ketenangan yang aku dambakan. Namun kini, aku berjuang untuk kesemuanya. Nikmat hidup yang Allah berikan terasa telah diambil walaupun hanya sedikit. Betapa pentingnya kita sebagai hambaNya untuk mensyukuri segala pemberiannya. Namun, aku bersyukur, dengan ujian yang diberikan, aku sedar betapa kerdilnya aku di bumi Allah ini. Buat yang mengerti, bukannya aku sengaja melakukan perkara yang aku tidak inginkan. Bukannya aku tidak mencuba untuk berdiri kembali. Bukannya aku tidak ingin untuk menjadi diriku yang dulu. Namun, kini semuanya terbatas. Aku masih lagi dalam perjuangan untuk menyelamatkan diriku sendiri. Maafkan aku andai ada yang terluka, marah, kecil hati, tak puas hati dengan sikapku. Namun, bukan itu yang aku pinta. Aku tak mengharapkan pengertian apa-apa namun aku harap, maafkanlah aku di atas ketidaksempurnaan diri ini. Mungkin ada yang berkata, aku tidak boleh jadikan ini sebagai alasan. Namun, aku akan cuba menghadapi keterbatasan ini. Tapi, hanya Allah yang tahu sampai bila aku harus menempuhi semua ujian ini.

Tuesday, February 17, 2009

~persahabatan~

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia? menjawab:Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam? persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.Gerangan apa sahabat itu jika? kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~JODOH~


salam..
fahamilah..

renungkanlah sedalam-dalamnya.

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kitabenar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!
"Wassalam."
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.....

Surat Sayang Dari Allah

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin. Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk. Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbarunya. AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU. Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya. Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan. Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU. Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, doa, fikiran atau syukur dari hatimu.Keesokan harinya engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .Tapi yang KU tunggu.. tak kunjung tiba, tak juga kau menyapaKU. Subuh .. Zuhur .. Asar .. Mahgrib .. Isya dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU. tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, dan tak ada rasa, tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU. Apa salahKU padamu wahai HAMBAKU?????Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat KepadaKU!!!!!! Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa KU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap KU, Yang selalu menyertaimu setiap saat..